BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Sabtu, 18 Disember 2010

Kembara Lagi




Questions unfolding like books and their pages,
They just keep on turning for me.
And I keep on asking why every question will somehow relate back to me.
Oh, I was told by a Knight of the sun that wisdom could set people free.

Be content in your questions and may I just mention you're only a drop in the sea.
Only a drop in the sea.

Directions revolving, these questions I'm solving
But nobody hears what I say.
My answers unspoken of sweetest emotion believe how it feels today.
Just believe how it feels today.

I was told by a knight of the sun that wisdom could set people free, free, free
Be content in your questions but may I just mention you're only a drop in the sea,
Only a drop in the sea.

Jumaat, 17 Disember 2010

Terlalu Pintar

Disebabkan hari Jumaat ini punya banyak perkara untuk diselesaikan, maka kiriman jadi kontot. O.K, kita mulakan. Bila kita sudah belajar dan amati banyak perkara, fikiran terasa sangat luas dan akal terasa ala-ala sudah cukup pintar. Bagus, tapi tak harus tamat di situ, belajar lagi. Kalau cepat puas hati , ada pameo Minang yang berbunyi " yang CERDIK yang biasa kena". Waduh!

Khamis, 16 Disember 2010

Seniman Oh Seniman

”Gelak tawa adalah penerobosan melalui keintelektualan; di saat orang tertawa, sesuatu telah difahami.” R.H. Blyth

Sambungan kiriman terdahulu. Ulasan dari seorang kawan bernama Lish membuatkan saya menulis kiriman ini. Seniman, dilihat massa sebagai syok sendiri dan berangan-angan. Seniman, manusia biasa, sama seperti yang lain, seperti juga pemandu lori, ahli politik, penjual petai, penoreh getah, broker saham, penjual mapiau atau ahli silap mata. Beza ketara antara mereka ialah kecenderungan dan pengamatan.

Saya terfikir, ada seniman yang selalu saja tidak mahu ditegur. Seniman tidak melayan perkara remeh. Seniman takut pada bayang-bayang sendiri. Memang dasar seniman, ego itu penting. Teringat kisah bilamana Shahnon Ahmad menggelar A. Samad Said sebagai "lalang" satu ketika dahulu. A. Samad Said pula mempertahankan diri dalam kompilasi penulisan "Ilham Di Tepi Tasik". Lama dulu, turut diingati kes "buang air kecil" atas karya semasa pameran kontroversi "Menuju Realiti Mistik" (Al-Fatihah buat arwah Redza Piyadasa).Semua itu mewarnakan dunia seni tanah air, bagi yang mahu ambil pusing.

Seniman bukan superhero, bukan juga maksum, mereka bertindak dan berfikir seperti mana manusia lain. Namun, tidak harus seniman bersikap terlalu self-centered, self-righteous dan mengasingkan diri, ertinya terlalu elitist dalam segala hal (maklumlah, seniman). Dikhuatiri seniman akan terperosok ke lembah holier-than-thou gara-gara memaksa diri untuk jadi "unik" dan "pelik-pelik", akhirnya dihambat idealisme dan falsafah sendiri.

"Jiwa yang kotor mungkin pandai mencipta kejayaan material. Menipu, menciplak, menghasut, menindas dan mencuri. Namun Kejayaan material itu tak mampu menampung derita rohani yang ditanggung sehari-hari" Seniman Karim

Seniman, pada hemah sesetengah orang, harus berfikiran aktif, kreatif dan berani berada di luar lingkaran, bukan sekadar beraja dan menjadi tyrant  di comfort zone sendiri. Tidak jatuh maruah seniman sekiranya dia dilihat massa sebagai "seniman celup" hanya kerana tidak memiliki gaya dan sifat typical dan stereotype seniman.Usah persalahkan masyarakat kerana berburuk sangka, mereka bukan seniman. Sebenarnya, seniman juga yang selalu "mengajar" masyarakat konformiti tertentu, yang kebanyakkannya menakutkan mereka untuk mendekati seniman dan kesenian, Masakan masyarakat mahu berubah kiranya seniman sendiri sekadar menjadi mimic dan imitasi (cuma lebih "berseni") buat masyarakat yang dipersoalkannya.

Apa pun, saya kekal yakin dan percaya bahawa seniman adalah insan yang selalu saya perlukan. Seniman seperti Latiff Mohidin, Francis Bacon dan Mark Rothko setidaknya membuka fikiran saya untuk berfikir sendiri dan berdiam selalu, tanpa perlu risau "darjah" dan "tingkat" kesenimanan diri di mata masyarakat. Terima kasih buat semua seniman, kewujudan anda semua penting buat saya.

Bacaan Lewat Malam

Mengemas majalah lama, secara random terselak Dewan Budaya isu September 2008, muka surat 45. Nampaknya ada sesuatu yang saya terlepas baca, memang menarik. Baca petikan di bawah.

"Budaya konyol konsumerisme yang menjadikan rakyat kita pembeli yang tidak puas-puas dan oleh itu - tidak kaya-kaya." Muhammad Haji Salleh

Rabu, 15 Disember 2010

Bergelumang Ironi

Antara gerakan seni moden yang paling banyak membikin saya rasa "pusing" dan "semput" adalah CONCEPTUAL ART. Contoh terbaik pengamalnya yang paling "berdengung" dan "berdenyut" adalah seorang artis kelahiran Italy bernama Piero Manzoni (sayang umurnya tidak panjang seperti Picasso). Barangkali dilahirkan semulajadi untuk menjadi "pakar" ironi, Menzoni sebenarnya hadir bersama persoalan dan natijah tertentu. Banyak lagi kisah menarik beliau yang tersimpan di arkib persendirian saya yang tidak kedapatan di mana-mana laman sesawang, namun cukuplah ini sebagai permulaan.

Pada kadar santai, anda tekalah apa isi kandungan tin di bawah?
TEKA JANGAN TAK TEKA. (gaya mengapi-api kecanduan komen)

Kalau sudah dapat teka, bolehlah Google pula "Declarations of Authenticity" untuk lebih "pening" lagi, ha ha.

Selasa, 14 Disember 2010

Sajak Pintu


Home is where the heart is...
Sinambungan sajak terdahulu.
Hmm.. Lama tak bersajak. Nak bersajak sebentar... Kalau mahu baca, bacalah.

Sajak Pintu

pagi ini
keluar berkerja
dengan anak kunci
pintu rumah ku buka
dari pintu itu
aku keluar

pintu rumah ku tutup
kemas dan rapi
sebelum itu anak kuncinya
ku campak semula ke dalam
ku biar ia tertinggal
di dalam rumah

Karim
pagi 13 Disember

Isnin, 13 Disember 2010

Misteri Mister Singh

Kiriman kali ini agak bizarre. Ketika zaman belajar di tahun 90-an dahulu, saya bekerja separuh masa sebagai penjaga CC (kafe siber) merangkap studio latihan muzik, demi sedikit duit poket (dan PTPTN tidak wujud ketika itu). Berbagai jenis pelanggan dan kejadian berlaku. Antara yang paling sewel ialah saya disoal siasat oleh polis kerana ada kes remaja lari rumah mengikut teman lelaki. Lebih menggila apabila 8 orang lelaki Sabah yang mabuk alkohol bergasak bertumbuk sesama sendiri di dalam studio, nasib baik tak ada yang meninggal. Begitulah brutal-nya kerjaya saya satu ketika dahulu.

Namun kali ini saya benar-benar teringat kejadian mistik yang berlaku, seingat saya tengahari hari minggu. Saya didatangi seorang lelaki Sikh yang mengaku berasal dari India. Dia berbicara dalam  bahasa Inggeris. Apa yang pelik satu persatu soalan yang beliau tanyakan pada saya dijawabnya sendiri, sebelum sempat saya memberi jawapan. Bagaimana dia boleh tahu perkara berikut?:

- tarikh lahir saya
- bilangan huruf dalam nama sebenar saya
- jumlah adik beradik
dan  paling GILA...
- dapat menduga apa yang saya fikir ketika itu (tepat)


Semua itu membuat diri ini menjadi sangsi, apa kejadahnya tujuan beliau mendedahkan skill mistiknya kepada seorang stranger seperti saya? Rupa-rupanya dia mahu minta sedikit "derma", tak silap saya RM15. Jika saya beri derma, maka saya akan tahu masa depan saya dengan lebih terperinci dan saya boleh tahu apa ancaman yang akan mendatang lantas boleh bersedia untuk mengelaknya dari menimpa diri.


INI KERJA GILA. Saya dengan nada yang baik menyuruh lelaki itu pergi, saya katakan bahawa saya bukan tidak ada duit, tetapi saya tidak percaya kepada perkara mistik sebegitu, walau sebenar mana pun bukti yang akan beliau kemukakan. Dia berlalu pergi,  namun matanya berkaca, macam orang marah dan menyimpan dendam.


Malam hari kejadian itu saya mengigau di "sakat" sesuatu yang seakan rupa lelaki itu, lengkap memakai turban dan berjambang, bezanya dalam mimpi tubuhnya berwarna biru, tidak berkaki, lebih menggila, dia berekor!!! Terjaga dari mimpi, pantas saya melakukan solat hajat. Syukur, hingga kini tiada lagi rasa terbelenggu. Dalam hati saya berkata "thank you for the accurate psychic readings, Mr. Singh".

Ahad, 12 Disember 2010

Maut Menyapa

gambar hiasan buat menyelubung rasa ngeri
Maaf, kiriman ini bukanlah terbit bertujuan untuk mengganggu kerehatan anda di hari Ahad ini. Bukan cerita sensasi atau aksi cheating death, namun pernahkah anda terfikir satu keadaan bilamana anda sebenarnya PERNAH dihampiri maut? Maksudnya, anda benar-benar terlalu hampir dengan maut, berada dalam situasi 50/50 antara hidup dan mati. Nada kematian kedengaran namun anda bernasib baik kerana nada itu sekadar singgah sebentar dan  berlalu pergi. Itulah yang yang saya rasakan apabila terlibat dalam kemalangan kereta (total loss) bersama seorang teman berbangsa Cina di Segamat, Johor hampir 10 tahun dahulu. Bermandi darah, kaca tercacak di tubuh dan kepala, open wound, oh tidak!! Kini apa yang tinggal hanyalah secebis parut di tangan yang seolah menjadi reminder, bahawa maut pernah cuba menyapa diri ini. Melihat kehancuran kereta yang remuk teruk itu, saya bersyukur kerana tidak hancur seperti kereta itu.

Sabtu, 11 Disember 2010

Idea Tidak mati

foto sekadar hiasan
Tak perlu cerita panjang, lihat saja.
Jangan risau, tidak berbahaya buat yang sakit jantung dan lemah semangat.

Tiada mistik, sekadar bida'ah seni yang perlu wujud untuk memberi kesegaran baru. Apa yang penting di sini, kelangsungan idea yang berterusan.
SILA KLIK:
Still Life Still Alive.
Ha ha ha.

Jumaat, 10 Disember 2010

Laungan Sukma

L'art pour l'art. Ha ha. Semalam secara tak sengaja saya berjanji temu dengan seorang kawan lama, lebih tepat lagi rakan "sealiran". Terasa berlain benar bila berbicara dengannya kali ini, banyak bicara yang dahulunya ketat dan tegang dirasakan seperti melonggar sendiri. Begitulah manusia, pasti berubah, berpindah dari titik ke titik yang lain dengan waktu menjadi saksi.

Sekadar hiasan :
Napoleon Crossing the St. Bernard with
a Racing Bike
Saya sendiri, walaupun satu ketika dahulu terlalu naif, langsung tidak mengenal hujah Baulderlaire hingga kini masih punya buah fikir yang sama, atau ringkasnya berkongsi persamaan pendapat dengan penyair/ pengkritik seni Perancis itu. Sekadar persamaan, kerana saya percaya pada pemupukan potensi dan kecenderungan tanpa melihat kekangan atau batas, dan barangkali, perhambaan dan penunggangan seni oleh sebarang "sesuatu" yang cenderung atau condong ke arah pemuasan nafsu pihak ketiga dan bersifat "guna-guna" dan mungkin, terlalu opportunist. Maka di sini saya ucap tahniah kepada rakan itu, kerana sudi berlapang dada. Apa pun kami masih seperti dahulu, berbual adakalanya serius namun selalu saja semberono namun bersantai. Teringat nukilan Latiff Mohidin, minta maaf, asyik-asyik Latiff Mohidin, bukan "menjilat" namun kenyataannya saya yang tidak menerima asuhan formal seni halus ini harus banyak membaca untuk mengerti , jadi karya/ penulisan/ buah fikir Latiff Mohidin adalah antara yang paling banyak "mendidik". Baiklah, bunyi nada sukma itu seperti di bawah:

dari titik ke titik
ku tarik
satu garis
satu garis hitam
satu garis hitam dari
kembara malam


Latiff Mohidin

Jumaat, 3 Disember 2010

Kiriman Pantas

"Apa cerita? Long time no see"

Mesej pesanan ringkas diterima dari seorang kawan lama, lebih tepat kawan di arena seni. Lama rasanya tidak berjumpa sesiapa secara random. Nantilah bila ada masa. Fuh, minggu ini memang cukup menggetarkan. Sejak diri mula melukis kembali, kehidupan terasa sangat penuh, sendat dan sengit namun sangat berbahagia. Di sini letaknya cabaran dalam pembahagian masa. Saya susah nak berasa penat sejak kebelakangan ini. Selain kerja seharian di pejabat, waktu rehat sebelah malam digunakan sebaik mungkin antara melakukan perkara yang selalu jadi idaman diri, namun harus pastikan adil dan saksama agar tiada pihak yang terasa hati memandangkan penulis sudah berkeluarga he he he. Cuba bayangkan, gaulkan pekara di bawah seperti menggaul tepung dengan air dan garam untuk bikin cekodok:


- kerja harian di pejabat
- projek luar pejabat (cari makan sikit)
- melepak singkat dengan beberapa manusia untuk bercakap se-sembrono yang mungkin untuk mendapat kerehatan mistikal
- menyiapkan tempahan cover art dan sebuah potret
- menjawab email temuramah seni dari sebuah majalah marah-marah radikal bukan arus perdana
- buat audio mixing untuk saki baki rakaman tertunggak sebuah kugiran gitar rancak namun tak kunjung siap
- bawa isteri keluar membeli barang dapur dan makan-makan
- melukis secara berdiri, bila sakit pinggang (tapi idea datang), buat study baru pula.
- curi masa nak baca tiga buah buku yang baru dibeli (tapi second-hand), konon selak-selak cium bau kertas saja, sekadar "ambil berkat" tapi terlajak 5-10 muka surat... (penyakit leka)
- menulis kiriman ini - khas untuk blog yang semakin merosot prestasinya ini ha ha ha ha.

Biarlah. Asal bahagia. Baiklah, buat anda yang teringin nak bergasak menguji daya keampuhan seni rupa masing-masing, silalah baca lampiran di bawah ini. Saya tidak dibayar upah menyiarkannya, sekadar membantu melakukan apa yang dirasakan perlu. Jika berminat, boleh cuba, masih banyak masa. Untung sabut timbul. Klik di bawah.