”Gelak tawa adalah penerobosan melalui keintelektualan; di saat orang tertawa, sesuatu telah difahami.” R.H. Blyth
Sambungan kiriman terdahulu. Ulasan dari seorang kawan bernama Lish membuatkan saya menulis kiriman ini. Seniman, dilihat massa sebagai syok sendiri dan berangan-angan. Seniman, manusia biasa, sama seperti yang lain, seperti juga pemandu lori, ahli politik, penjual petai, penoreh getah, broker saham, penjual mapiau atau ahli silap mata. Beza ketara antara mereka ialah kecenderungan dan pengamatan.
Saya terfikir, ada seniman yang selalu saja tidak mahu ditegur. Seniman tidak melayan perkara remeh. Seniman takut pada bayang-bayang sendiri. Memang dasar seniman, ego itu penting. Teringat kisah bilamana Shahnon Ahmad menggelar A. Samad Said sebagai "lalang" satu ketika dahulu. A. Samad Said pula mempertahankan diri dalam kompilasi penulisan "Ilham Di Tepi Tasik". Lama dulu, turut diingati kes "buang air kecil" atas karya semasa pameran kontroversi "Menuju Realiti Mistik" (Al-Fatihah buat arwah Redza Piyadasa).Semua itu mewarnakan dunia seni tanah air, bagi yang mahu ambil pusing.
Seniman bukan superhero, bukan juga maksum, mereka bertindak dan berfikir seperti mana manusia lain. Namun, tidak harus seniman bersikap terlalu self-centered, self-righteous dan mengasingkan diri, ertinya terlalu elitist dalam segala hal (maklumlah, seniman). Dikhuatiri seniman akan terperosok ke lembah holier-than-thou gara-gara memaksa diri untuk jadi "unik" dan "pelik-pelik", akhirnya dihambat idealisme dan falsafah sendiri.
"Jiwa yang kotor mungkin pandai mencipta kejayaan material. Menipu, menciplak, menghasut, menindas dan mencuri. Namun Kejayaan material itu tak mampu menampung derita rohani yang ditanggung sehari-hari" Seniman Karim
Seniman, pada hemah sesetengah orang, harus berfikiran aktif, kreatif dan berani berada di luar lingkaran, bukan sekadar beraja dan menjadi tyrant di comfort zone sendiri. Tidak jatuh maruah seniman sekiranya dia dilihat massa sebagai "seniman celup" hanya kerana tidak memiliki gaya dan sifat typical dan stereotype seniman.Usah persalahkan masyarakat kerana berburuk sangka, mereka bukan seniman. Sebenarnya, seniman juga yang selalu "mengajar" masyarakat konformiti tertentu, yang kebanyakkannya menakutkan mereka untuk mendekati seniman dan kesenian, Masakan masyarakat mahu berubah kiranya seniman sendiri sekadar menjadi mimic dan imitasi (cuma lebih "berseni") buat masyarakat yang dipersoalkannya.
Apa pun, saya kekal yakin dan percaya bahawa seniman adalah insan yang selalu saya perlukan. Seniman seperti Latiff Mohidin, Francis Bacon dan Mark Rothko setidaknya membuka fikiran saya untuk berfikir sendiri dan berdiam selalu, tanpa perlu risau "darjah" dan "tingkat" kesenimanan diri di mata masyarakat. Terima kasih buat semua seniman, kewujudan anda semua penting buat saya.
bagusnya entri ini.
BalasPadamsaya menggunakan fungsi otak saya sepenuhnya setiap kali membaca entri seorang penggemar dan bakal seniman seperti anda. fuh!
this is so overwhelming..
BalasPadamantara konsep seniman yang ideal ialah the ability to inspire others.
dengan ini aku consider kau sebagai seniman. because u just inspired me.
Misae,
BalasPadamterima kasih, lama tak merasa otak-otak Johor yang orijennel gitu-gitu
Lish,
kalau bukan sebab anda, mana mungkin wujud "kerajaan langit di dalam teko" dalam blog goblok ini
aku sedang show off. sila semak.
BalasPadambro mesti minat baca novel
BalasPadambetul tak tekaan saya?
oh ya, aku bukan tergolong dalam seniman. aku seniMalf.
BalasPadamhahahhaa. itu lebih 'tanpa ada rasa tanggungjawab'! hahaha
dey tanggachi, itu rimau mata juling da, makan dalam tu hahaha, good work anyway, Cezanne pun tak boleh lawan :D
BalasPadamHans,
BalasPadamada juga baca novel tapi tak kusyuk, tanya tu Miss Weed, dia baca buku macam makan nasik wakaka
weed something out said...
BalasPadamrimau takleh perfect sangat. idup tak balance kalau semua harmony, juling is jujur! hahahaha.. padahal memang ada masalah sikit dengan 'kedudukan', rambut kembang sudah tegur, tapi gua buat juga, kenaifan dan kedegilan terhadap ketidakseimbangan dalam sesuatu karya itu gua biarkan. Cara gua. hahaha
16 December 2010 16:38
KOMEN PALING EGO SEPANJANG 2010 YO!!! HAHAHAHAHHA
ekspresso betul hang ni Fida.. jarang aku jumpa pompuan lukih stroke brutal macam tu.
BalasPadamartwork yang membodek tidak true beb. bagi aku lah.
BalasPadamartwork yang sedaya upaya ingin meniru juga tidak true.
buat artwork sebelah laki yang juga buat artwork dia sendiri cabaran paling hebat weh.
satu - dia laki aku
dua - dia amik fine art
tiga - sama sama amatur
empat - apa pasal artwork dia lagi kool?
lima - apa pasal aku peduli sangat dengan artwork dia yang 'fine', aku ikut cara aku ah kan.
enam - konflik ego, 'aku pun bagus gak, tapi cara aku ah'
tujuh - 'yehh aku siap dulu statement tanpa ambil masa lama' hahahaha
lapan - komen dalam hati.
gila wehhh kalau dua dua sama bidang.. hahahaha..
biar artwork syok sendiri takpa, janji jujur.
(maaf pembaca, aku tak puas respon ke blog aku, aku respon ke sini! hahaha)
panjang umur lagi 25 tahun hangpa dua buat la retrospektif, tajuk exhibition "Senimalf : laki bini bergasak - koleksi 1999 - 2035" hahaha
BalasPadamxjmpe shoutbox
BalasPadamso,,kmen disini..hihiih
thnxs sudi visit my blog=)
hahaha! adik Jau, ada unsur suspen dramatik di situ :D
BalasPadamterima kasih.
pandainye Bersasstera XD
BalasPadamAqila,
BalasPadamterima kasih.
BM masa SPM dapat C6 je dik non...
BUKU APE YG KO SUKE BACE?
BalasPadamp/sssss ! admin, boleh buang word verification tak ? plsss plsss nnt lg senang nak komen, tak gitu?
Neon,
BalasPadamBUKU APE? semua boleh. kalau tegah ada mood nak baca. Terima kasih.
wow..sudah berbelas belas komen dan penyokong sudah meningkat!!.. ada plan nak buat menara gemilang? lebih tinggi dari menara wawasan? hahaha
BalasPadamweed,
BalasPadamwoiiiiiii... hahahaha
COOL ! DAH TGK BLOG TEHR.COM? MUNGKIN KO BERMINAT =)
BalasPadamther.com? apa kejadahnya, macam web business je haha. anyway thanks jugak :D
BalasPadam