BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Rabu, 5 Januari 2011

Enigma

Terlalu banyak aktiviti (turut merangkumi berlibur gaya semberono, berenak-enak dan berangan-angan) membuatkan saya berasa tidak cukup masa. Tambah perit bila diri lemas dalam pusaran idea yang tidak berhenti membuatkan saya cuma mampu tidur 2-3 jam setiap hari, demi melunaskan kehendak dan "rasa" tertentu. Bersyukur pada rahmat Nya kerana tahun ini seperti membawa isyarat "LINE CLEAR" untuk punca rezeki, kesedapan dan segala-gala yang sedap. Beberapa minggu sebelum tahun baru, satu demi satu pintu rezeki terbuka. Barangkali putaran hidup ini seperti cuba berada di atas semula, siapa tahu. Begitu lazimnya perihal idea, ditunggu tidak datang, menyergah tidak kira masa pula - malah hadirnya adakala begitu mendadak, berkait dan bertalu-talu. Terima kasih pada pencipta kerana memberi saya sesuatu yang bernama ilham. Apa yang harus saya lakukan cumalah satu, kerja keras.
Salam kembara.

14 ulasan:

  1. motif gambaq tonggek tepi kiri kanan karim? haha

    BalasPadam
  2. hahahaha. aku sendiri pun tak berapa pasti

    BalasPadam
  3. alhamdulillah murah rezeki...mai la kongsi dgn meaw sikit,hehehe :D

    BalasPadam
  4. semoga tercapai cita2......harap2 masing2 kite rezeki semakin murah tahun ni ;) amin....

    BalasPadam
  5. baik saja, hilang sebab hijrah kelana di gurun sahara (padahal bil broadband tertunggak 2 bulan da...) :D

    BalasPadam
  6. alhamdulillah...

    http://azisweetness.blogspot.com/2011/01/aku-tak-sombongaku-cume-bermuka-masam.html

    BalasPadam