BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Jumaat, 3 Disember 2010

Kiriman Pantas

"Apa cerita? Long time no see"

Mesej pesanan ringkas diterima dari seorang kawan lama, lebih tepat kawan di arena seni. Lama rasanya tidak berjumpa sesiapa secara random. Nantilah bila ada masa. Fuh, minggu ini memang cukup menggetarkan. Sejak diri mula melukis kembali, kehidupan terasa sangat penuh, sendat dan sengit namun sangat berbahagia. Di sini letaknya cabaran dalam pembahagian masa. Saya susah nak berasa penat sejak kebelakangan ini. Selain kerja seharian di pejabat, waktu rehat sebelah malam digunakan sebaik mungkin antara melakukan perkara yang selalu jadi idaman diri, namun harus pastikan adil dan saksama agar tiada pihak yang terasa hati memandangkan penulis sudah berkeluarga he he he. Cuba bayangkan, gaulkan pekara di bawah seperti menggaul tepung dengan air dan garam untuk bikin cekodok:


- kerja harian di pejabat
- projek luar pejabat (cari makan sikit)
- melepak singkat dengan beberapa manusia untuk bercakap se-sembrono yang mungkin untuk mendapat kerehatan mistikal
- menyiapkan tempahan cover art dan sebuah potret
- menjawab email temuramah seni dari sebuah majalah marah-marah radikal bukan arus perdana
- buat audio mixing untuk saki baki rakaman tertunggak sebuah kugiran gitar rancak namun tak kunjung siap
- bawa isteri keluar membeli barang dapur dan makan-makan
- melukis secara berdiri, bila sakit pinggang (tapi idea datang), buat study baru pula.
- curi masa nak baca tiga buah buku yang baru dibeli (tapi second-hand), konon selak-selak cium bau kertas saja, sekadar "ambil berkat" tapi terlajak 5-10 muka surat... (penyakit leka)
- menulis kiriman ini - khas untuk blog yang semakin merosot prestasinya ini ha ha ha ha.

Biarlah. Asal bahagia. Baiklah, buat anda yang teringin nak bergasak menguji daya keampuhan seni rupa masing-masing, silalah baca lampiran di bawah ini. Saya tidak dibayar upah menyiarkannya, sekadar membantu melakukan apa yang dirasakan perlu. Jika berminat, boleh cuba, masih banyak masa. Untung sabut timbul. Klik di bawah.

4 ulasan:

  1. oh, digital digital agak lemah. Elok ke Rambut Kembang. Terima kasih karim.

    BalasPadam
  2. not for students? diskriminasi jenis apakah ini?(tak payah jawab.retorik saja)

    BalasPadam
  3. weed, hang snap gambar 3 ketul painting ke format digital, attach dan email. nanti dia select dan hantar email, lepas dipilih baru hantar yang kanvas atau board atau apa kejadah sajalah yang original ke HOM. senang je.

    lish, student tak boleh masuk sebab... mana la aku tau kenapa ha ha ha

    BalasPadam
  4. aku baca awai pagi, memang ampeh otak aku aihh.. ok ok..nanti aku tengok balik apa dia nak..

    BalasPadam