Kiriman kali ini agak bizarre. Ketika zaman belajar di tahun 90-an dahulu, saya bekerja separuh masa sebagai penjaga CC (kafe siber) merangkap studio latihan muzik, demi sedikit duit poket (dan PTPTN tidak wujud ketika itu). Berbagai jenis pelanggan dan kejadian berlaku. Antara yang paling sewel ialah saya disoal siasat oleh polis kerana ada kes remaja lari rumah mengikut teman lelaki. Lebih menggila apabila 8 orang lelaki Sabah yang mabuk alkohol bergasak bertumbuk sesama sendiri di dalam studio, nasib baik tak ada yang meninggal. Begitulah brutal-nya kerjaya saya satu ketika dahulu.
Namun kali ini saya benar-benar teringat kejadian mistik yang berlaku, seingat saya tengahari hari minggu. Saya didatangi seorang lelaki Sikh yang mengaku berasal dari India. Dia berbicara dalam bahasa Inggeris. Apa yang pelik satu persatu soalan yang beliau tanyakan pada saya dijawabnya sendiri, sebelum sempat saya memberi jawapan. Bagaimana dia boleh tahu perkara berikut?:
- tarikh lahir saya
- bilangan huruf dalam nama sebenar saya
- jumlah adik beradik
dan paling GILA...
- dapat menduga apa yang saya fikir ketika itu (tepat)
Semua itu membuat diri ini menjadi sangsi, apa kejadahnya tujuan beliau mendedahkan skill mistiknya kepada seorang stranger seperti saya? Rupa-rupanya dia mahu minta sedikit "derma", tak silap saya RM15. Jika saya beri derma, maka saya akan tahu masa depan saya dengan lebih terperinci dan saya boleh tahu apa ancaman yang akan mendatang lantas boleh bersedia untuk mengelaknya dari menimpa diri.
INI KERJA GILA. Saya dengan nada yang baik menyuruh lelaki itu pergi, saya katakan bahawa saya bukan tidak ada duit, tetapi saya tidak percaya kepada perkara mistik sebegitu, walau sebenar mana pun bukti yang akan beliau kemukakan. Dia berlalu pergi, namun matanya berkaca, macam orang marah dan menyimpan dendam.
Malam hari kejadian itu saya mengigau di "sakat" sesuatu yang seakan rupa lelaki itu, lengkap memakai turban dan berjambang, bezanya dalam mimpi tubuhnya berwarna biru, tidak berkaki, lebih menggila, dia berekor!!! Terjaga dari mimpi, pantas saya melakukan solat hajat. Syukur, hingga kini tiada lagi rasa terbelenggu. Dalam hati saya berkata "thank you for the accurate psychic readings, Mr. Singh".
huh! yeke? dahsyatnya...
BalasPadamjom undi tikah. no 127. hehe..
http://banyaktehkereta.blogspot.com/2010/12/undian-telah-dibuka.html
bahaya btol..hm..
BalasPadammak aih, nih sindiket menyesatkan + ujian keimanan nih, tak pernah dengar lagi ini cerita,harus berhati hati ni thanks!
BalasPadamatikah,
BalasPadamkalau tak betul, maka berdosa la saya menipu, tak gitu? :D apa pun itu kisah benar, usah ragu kesohehan-nya.. bukan rekaan atau sensasi. :D
cik mimpi,
sadistik kencana..
khabir,
begitulah sahabat dugaan hidup, adakalanya pelik tak masuk dek akal..
Aku ingatkan itu Singh mau promote mesin potostet! Jajaja :P
BalasPadamitu singh kyocera nak buat hapa jonnn hehe
BalasPadam