BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Rabu, 12 Januari 2011

Teh Ais

Natalie Imbruglia
(cadangan hiasan)
Pagi tadi saya singgah ke gerai di bawah pohon hujan-hujan (samanea saman) untuk membeli teh ais bungkus. Gerai itu ada nilai nostalgiknya, tambah pula tukang bancuhnya mampu menghasilkan teh ais berkualiti premium, maka berjalan jauh sedikit pun tidak mengapa. Di gerai/ restoran lain juga ada teh ais, namun banyak yang mengecewakan dari segi kehebatan rasa, jadi tak perlu cerita lanjut.

Setiap dua atau tiga haris sekali saya akan ke situ untuk melampiaskan keinginan menikmati teh ais yang sempurna. Semenjak umur meningkat, saya mula mengawal darjah kemanisan yang ditelan seharian. Jika boleh, biarlah kekal sehat, ceria dan bergaya seperti Jeffry Din di usia tua nanti.

Tiba di pejabat, saya bingkas membaca surat khabar yang dari awal pagi sudah siap terselit di bawah pintu. Sambil menyelak dan membaca secara rambang, saya menikmati teh ais yang dibeli sebentar tadi.

Srruutt... Srrrruuuutttt.... Srrrrruuuuutttt..

"Aik? Apa fasal pulak ni?" Terkesima. Hairan.
"Apa kejadahnya air ini?" Gamat sendiri.

Apa natijah semua ini? Puas saya menyedut, angin saja, no ayer and no water...
Mistik dan sihir apa pula yang melanda ini, getus hati saya. Saya kuatkan sedutan,
Srrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrruuuttttt!!!! Ahhhh...

Kuat sedutan itu, ibarat lohong hitam menelan isi cakerawala, namun, cuma sedikit air teh yang meluncur masuk ke tekak. Ini perkara yang menyakitkan hati. Rasa nikmat yang ditagih, potong stim pula yang mendatang. Saya campak surat khabar ke meja teman, hilang selera nak membaca.

Selepas melakukan sedikit pemeriksaan teknikal, di dapati penyedut minuman mengalami kerosakan di mana terdapat kebocoran di bahagian tengah. Kerana itu, payah nak menyedut secara normal. Patut lah....

10 ulasan:

  1. laa penyedut nye bocor ke
    ingat ape tdi
    pandai tul krg ayat.. ;)

    BalasPadam
  2. wow...superb....!!!! kisah teh ais tapi diterjemahkan melalui kata yg sungguh luar biasa...:)

    BalasPadam
  3. ingatkan straw tersumbat cicak td.. hehehehe~

    BalasPadam
  4. cahaya, layar, milah (wow! cool nama) terima kasih :D

    BalasPadam
  5. whats with natalie imbruglia?

    BalasPadam
  6. lish,
    sebab aku tak ada gambar teh ais, jadi replace dengan natalie kerana tona kulit muka dia nampak sedap macam teh ais.

    fida,
    yo nigga, amenderrrrr..

    hans,
    aku kerat bahagian yang "kebocoran" tu, maka straw jadi kontot, baru boleh sedut macam biasa.

    BalasPadam
  7. hikhik. ceritera straw yg bikin penasaran.

    BalasPadam
  8. misae,
    penasaran dan kasmaran dibuatnya ha ha ha

    BalasPadam