BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Isnin, 10 Januari 2011

Berdesing

Semalam ada saya keluar berjumpa seorang teman yang kepala hotaknya (berjambul) macam encyclopedia dan mulutnya perlahan sedikit sahaja dari kak Sarimah. Bersua untuk bicara soal karya terbaru masing-masing. Enak bicara di bawah pohon sambil minum-minum. Dinihari pulang ke rumah. Hati ceria. Melakar dan menggores apa yang patut. Ahh.. bukan main nikmat. Sampai ke.....

Pagi ini seperti biasa, pergi menjalankan tugas, seperti biasa juga. Di pejabat bertemu rakan - ceria-ceria belaka. Tiba-tiba telinga berdesing, "zingggg..", lantas terbersin "hashuuumm!!". Terkesima . Mengapa ya? Adakah kerana kerap benar menghidu bau campuran linseed dan turp? Mustahil... Hmm... Baru teringat. Sebenarnya, saya masih belum tidur lagi sejak semalam, walau hanya untuk seminit, belum lagi. Rasanya. waktu rehat nanti nak tidur bawah meja sekejap.

"Heyyy.. teruk nyerrr... Apa pon, ada mak kesah??!! Ahahaha" Mama Auwzie

5 ulasan:

  1. adakah mengecilkan font size merupakan azam tahun baru kau husni?

    BalasPadam
  2. ha ha ha boleh jadi, sembab aku rasa. azam kau pulak amacam? nak "ragut" goalie mata sepet tu dari awek dia ka? :D

    BalasPadam
  3. giler tak tido.....same seperti saya kalau tak cukup tido mesti bersin....

    BalasPadam
  4. bolehlah kita bersin secara beregu nanti..

    BalasPadam
  5. ronda sini pulak.. hehe.. hurm.. xpela.. janji mlm kang tido ye.. =)

    BalasPadam