BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Jumaat, 12 November 2010

Membawa Diri

Salam kembara.
Di sini adalah dinyatakan bahawa (macam notis robohkan gerai lah pulak) tiada kiriman baru untuk beberapa hari mendatang. Sejak hari pertama penubuhan blog ini iaitu pada tanggal 20 Oktober 2010 yang lalu, saya, dibantu Mama Auwzie tiada pernah "ponteng" dalam menyudahkan setiap tugasan harian yang diamanahkan oleh pihak pengurusan laridariesok.com, demi menyajikan sisipan harian terbaik buat anda semua. Namun, seperti gelora di lautan teduh, ada pasang surutnya. Namun harus diingat - sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang (apa kejadahnya!), teruskan membaca dengan penuh rela, tanpa paksaan. Saya akan kembali semula sejurus selesai misi berbahaya dengan lebih banyak bingkisan dan kupasan, yang diharap lebih menyenangkan - dan kekal dengan paksi dan asas blog ini iaitu : bebelan random, seni dan kehidupan. Sebelum berundur, izinkan saya bertanya:

Mengapa anda menulis blog?

Jawab bila sudi nanti.

Salam mesra di angin lalu.

9 ulasan:

  1. Beberapa hari saja kan? Bukan beberapa minggu atau bulan kan?

    ok, noted. Jgn berlama-lamaan. Nanti saya kurang bahan bacaan bermutu. =)

    BalasPadam
  2. tu la aku pun mandom jaa.. tapi bz sebenaqnya.. hahahaha..

    aku buat blog sebab aku suka mengarut. sebab kadang-kadang partner aku tak respon apa yang aku mengarut, dan 'malf' kadang-kadang buat tatau saja, atau kadang kadang baling guli.



    sebab tu aku buat blog.

    BalasPadam
  3. Misae - cuma beberapa hari, terima kasih atas sokongan padu :D sesiapa nak tahu asam garam bloggermom sila lawat blog Misae OK.

    Fido-Dido - blog hang sumber inspirasi ramai termasuk aku, usah gusar he he :D

    Apa pandangan rakan blogger yang lain pula? MENGAPA ANDA TULIS BLOG? Sudi-sudikan..

    BalasPadam
  4. mengapa nulis blog_ kata dum dum tak- luahkan apa yang terbuku dihati.. haha.....

    BalasPadam
  5. Saya menaip blog kerana saya suka membebel yang bukan-bukan sambil menjana ekonomi kedai kopi. High 5!

    BalasPadam
  6. baru perasan, tu ataih tu gambaq tu ruang sapa tu?? menarik untuk aku kurung malf dalam tu! haha

    BalasPadam
  7. saya menulis blog sebab saya horny

    BalasPadam
  8. Pawi - luahan asmara dewi
    GG - membebel atas motor, tempiasnya terbang ke muka aku
    Fida - tu gambaq studio mendiang Francis Bacon. "Brutal" kan?
    Lish - itu tandanya sudah akhil baligh ha ha ha

    BalasPadam