BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Khamis, 11 November 2010

Hujah

Malam tadi saya berkesempatan menonton siaran Soal Jawab di televisyen. Terkesima. Sudahlah hosnya Datuk Johan Jaafar, salah seorang yang dijemput sebagai panel adalah Prof Madya Dr. Lim Swee Tin. Maka saya kira itu adalah gandingan ideal untuk saling berhujah dan bergasak. Dua orang lagi tetamu yang dijemput itu pula tiada saya ambil kisah sangat kerana, entahlah. "so... so..." gosok-gosok jari, gugup kah? Tutup selera.

Buat yang kurang masa untuk mengerti, penyair Lim Swee Tin adalah seorang kacukan Cina/ Siam yang cintanya pada bahasa Melayu lebih dari kebanyakkan orang Melayu. Sepanjang siaran itu, saya "berhibur" mendengar kelancaran hujah Lim Swee Tin berbicara soal kesusasteraan. Bahasanya seakan "mengalir", cukup buat saya tertunggu-tunggu giliran beliau berhujah. Mempersona, molek sekali kedengaran. Malahan, seni berbahasa itu kekal terpelihara, walau dalam tekanan - membalas hujah dan persoalan, secara spontan, tanpa "so... so... ekceli... emm..".Teringin benar rasanya untuk mendengar beliau mendeklamasi puisi, jika punya kesempatan nanti,.

Memang saya menyenangi gaya beliau berbahasa. Usah memandang luaran, disebalik rambut beliau yang "mengerbang" gaya "headbanger" itu, beliau pernah  menerima anugerah S.E.A Write Award, seperti yang pernah dikecapi Latiff Mohidin, Adibah Amin, Usman Awang dan lain-lain. Semoga beliau panjang umur dan murah rezeki untuk terus menjunjung seni dan sastera. Sejurus tamat siaran, saya terus menggeledah bilik mencari buku Lim Swee Tin yang lama sudah tidak kelihatan. Berikut adalah petikan salah satu puisinya.




SAJAK BURUNG

tak
tak sebebas itu
sebenarnya
bagai dalam puisi
puisimu
di keluasan ruang ini
aku juga terkurung
seekor aku ini
seperti juga engkau
yang selalu mengharap
dan banyak meminta

sumber : AKRAB oleh Lim Swee Tin 1985

"U olz nak tau? Ada satu sajak mak penah masuk majalah Manggis tau! Kebetulan masa tu diorang buat coverage pasal kes cerai artis diva yang meletopzz tu.. jadi mak tumpang glamer sekaki, jangan jelezzz.." Mama Auwzie

7 ulasan:

  1. salute! anda memang berhati dan berjiwa seni. mesti sensitif orangnya. =)

    BalasPadam
  2. ha ha apa pun rujuk sini untuk kepastian (bahagian komen):

    http://idontdrinkmilk.blogspot.com/2010/10/assalammualaikum-bosh.html

    BalasPadam
  3. 2 thumbs up for Lim Swee Tin, Wish to meet him someday

    BalasPadam
  4. jangan terlupa meminta "autograph" dari beliau :D

    BalasPadam
  5. uit.. ada link. apa kaitan? (lari tengok entri itu!) hahah

    BalasPadam
  6. hahaha.. sudah tengok. macam aaram!! haha

    BalasPadam