BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Jumaat, 26 November 2010

Mandi Hujan

Bingkisan kali ini berbicara soal mandi air hujan. Main hujan adalah satu perlakuan yang sinonim dengan dunia kanak-kanak. Hujan memberi sensasi dingin pada tubuh. Hujan juga adalah kebasahan yang dinanti-nanti pada mereka yang jarang dapat peluang mandi di sungai, laut atau hutan lipur. Main hujan juga menjurus ke arah kemarahan dan barangkali hingga menerima "libasan pari" dari ibu bapa. Apa pun dugaannya, mandi hujan tetap digemari kebanyakkan kita masyarakat Asia Tenggara (mana fakta dan statistik soheh yang kau pakai ni Karim? - Mama Auwzie) dan mandi hujan juga sangat didambakan oleh musafir kelana di Gurun Gobi atau Sahara.

Namun bagi mereka yang kekal gemar bermain hujan di usia dewasa, pendapatnya berbeza. Dalam kajian ringkas ini, nama pihak yang menjadi kajian kes terpaksa dirahsiakan bagi mengelakkan adu domba dan buruk sangka. Bersekutu dengan hujan sebenarnya membawa manifestasi asas fitrah manusia iaitu ingin selalu berdamping dengan alam. Bermandi hujan memberi isyarat bahawa hujan itu harus diraikan, pada yang mahu. Jika tidak percaya, tanyalah pada tanam-tanaman, itu pun jika tanaman boleh menjawab kembali. Namun begitu, adalah disarankan tidak bertanya soalan yang sama pada mangsa banjir, dikhuatiri akan menyentuh jiwa.

Seperti dalam memahami pelbagai perkara di dunia ini, kita perlu sedikit ilmu dan budi bicara. Anda tidak digalakkan bermain hujan di waktu awal hujan turun kerana air hujan ketika itu sarat dengan "kotoran" dan mampu menyebabkan demam. Begitu juga dengan hujan panas, tidak indah untuk diraikan kerana ia turun tidak lama dan cepat menyentak suhu badan anda. Akhir sekali, janganlah bermain hujan di waktu petir sabung menyabung (sila kaji jenis-jenis hujan kategori "berbahaya" untuk info lanjut), kerana anda sebenarnya menyabung nyawa dalam mendapatkan secebis rasa bahagia.

12 ulasan:

  1. apa jenih hujan pun karim, kalau tadak kilat aku fun saja!!! haha

    BalasPadam
  2. haha harus hati-hati, jika dipanah petir, Afroria akan bersedih hidup sendirian Limah oiiii

    BalasPadam
  3. uik, macam mana hang boleh tau dia is afroria? hahaha.. agak mushkil disitu. lelaki bersedih agak misteri. aku jarang tengok dia bersedih.

    BalasPadam
  4. aku tau sebab hang yang bagitau lama dulu, tak ingat kah? hahaha

    BalasPadam
  5. aku pelupa.

    komen kat ruang komen aku tu, nampak gayanya, kalau berpuluh puluh tu memang topik 'seks' dan 'mati' sajalah! hahaha

    aku ingatkan orang malaysia ni gatai2 saja masa aku (dulu2) cerita kawan aku adiahkan buku panduan berasmaradana, sebab ramai gak komen.

    rupanya depa concern juga hal mati.

    anyway karim (uicehs) gua tak kisah sapa komen2 pun. kalau satu komen rm10, baru aku amik port sebab kira boleh menjana pendapatan u olsss!!! hahaha

    BalasPadam
  6. aku faham perasaan kau, bukan mudah menjadi seorang blogger puncak nirwana bertaraf selebriti seperti kau, desakan peminat seringkali luar kawalan. usah hampakan peminat ok. harap kau tabah hahahaha

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. sadistik, cerita sedap.

    ps: tanaman boleh menjawab cuma kita sahja yang tidak mampu memahami. Kalau tak percaya boleh buat experiment, eg: kalau bersedih berceritalah pada tumbuhan yang hidup maka sekiranya orang itu bukan dari jenis musibat yang derhaka nescaya dia akan dapat relief.

    BalasPadam
  9. Suatu ketika dahulu di Amcorp Mall, penulis ada terjumpa sebuah rekod piring hitam 70-an yang menampilkan orkes yang bermain muzik khas untuk menghiburkan tanam-tanaman! Penulis berasa takjub namun tiada berani mencuba kerana mahu membeli Double-LP Pink Floyd "The Wall" yang lebih dirasakan lebih jauh berdengung..

    BalasPadam
  10. oh pink floyd! paling atas dalam carta ai karim

    BalasPadam
  11. Ha ha! BERDENGUNG, tau tak apa. Apa pun penulis terasa nak buat pulut kuning sebab buat kali pertama blog ini mencecah paras 10 komen ke atas wakaka!!

    BalasPadam
  12. lukih saja gambaq pulut kuning dan warnakan dan upload, kira kenduri lah tu

    BalasPadam