BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Sabtu, 6 November 2010

Bahasa Kontot

Saya agak keletihan dan malas malam ini gara-gara terlalu banyak bersosial bersama GG. Selepas selesai beberapa perkara wajib di rumah, saya melayari internet sebentar dan mengemaskini mel elektronik, bimbang kalau-kalau Nina Persson atau Natalie Imbruglia ada menghantar email cinta berahi ha ha ha.

Agak melucukan juga kerana salah satu dari 3 email adalah kiriman adik perempuan (paling bongsu) saya sendiri, agak menggusarkan ha ha ha. Adik seorang yang separa manja, bila terasa bosan pasti adik akan hantar email pada saya (kerana ibu tidak galak adik menggunakan telefon bimbit). Rumah ibu pun tidak jauh, sepelaung sahaja. Dahulu adik pernah buat joke perihal perkataan "klise" tapi kini lain pula ceritanya.

"Abang, kenapa abang letak "konformis tahi ayam" kat blog hah?" begitu bunyi petikan yang paling merimaskan.

Disebabkan saya berasa agak payah nak berhujah, malas, maka saya pergi ke laman sesawang Dewan Bahasa untuk mencari sumber bantuan memandangkan saya berasa sangat malas ketika itu, seperti seekor sloth, atau mungkin juga beruang koala. Hasilnya seperti yang dilampirkan dalam paparan "skrin tembak" di bawah. Muat naik dan kirim bersama sedikit penerangan ringkas. Lega. Harap adik tidak bertanya banyak lagi.



Tidak lama kemudian, saya terima email balasan. Bunyinya lebih kurang "Abang, apasal Dewan Bahasa pon guna bahasa short-cut???". Saya menjadi celaru, "besok lah abang balas, abang nak tengok Anakku Sazali kejap" jawap saya di dalam hati, tak balas email pun, malas. Saya pasti satu hari adik akan bertanya apa kaitan perkataan "konformis" itu bercantum dengan "tahi ayam" pula. Harus pergi ke rumah ibu pada kadar segera untuk memberi penjelasan. Nak tergelak pun malas, tergelak dalam hati.

5 ulasan:

  1. penerangan perlu supaya tidak keliru. terus kan teruskan karim. haha

    BalasPadam
  2. pergi ke rumah ibu sebentar tadi, sudah diulas lanjut dan beliau separa puas hati, berpeluh juga!

    BalasPadam
  3. hahaa.. 2-3 kali aku baca ayat adik tu..pun xpaham jugak...

    BalasPadam
  4. hurmm...it's only my two cents.rasenya short cut bunyik dia macam asing kan?bukan ke sepatutnya shortpom? ataupun trengkas.

    BalasPadam
  5. kesalahan penggunaan istilah yang tepat di situ.. harus diperbetulkan. pihak pengurusan akan mengambil tindakan. terima kasih.

    BalasPadam