BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Khamis, 25 November 2010

Semangat Lamina

Kepenatan bertukang berjam-jam lamanya tidak dirasakan. Tung tang tung tang - berpeluh berahi. "Biar putih tulang!!!!". Kayu pemidang dipotong cermat dengan pengamatan tinggi, kanvas diregang, ketat dan sendat, dipasak rapi dengan dawai kokot heavy duty. Beraksi penuh gaya, lagak pemandu Land Rover lasak berdengung dalam iklan Camel Trophy 80-an... atau barangkali Marlboro Man yang cekap menangkap lembu dalam pertarungan penuh debu - sehingga terlupa memakan karipap yang digoreng oleh isteri "Ah! Tidak mengapa. Esok masih boleh makan karipap" getus hati saya. Isteri yang mengerti tiada perlu banyak memberi komen, wanita hebat tak perlu berleter (semestinya ha ha ha). Lama rasanya bersunyi dari persada melukis, tiba-tiba sesuatu yang ala-ala "semangat lamina" datang merasuk. Kanvas putih berseri menanti, diam bersandar di dinding, seakan sabar menanti, sebelum menerima "libasan pari" pertama di hari minggu nanti (jika saya mahu). Harus makan karipap sekarang. Jika tidak migrain, pulang kerja esok boleh mula buat study.

3 ulasan:

  1. Sargent is an exclusive painter, very exclusive indeed.

    BalasPadam
  2. harap-harap boleh lihat hasil karya hebat itu nanti. kalau dah menjadi.

    BalasPadam
  3. melukis saja sementara masanya "tepat", pamerannya belum tentu kerana hamba tidak prolifik dalam konteks berpameran merata.

    BalasPadam