BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Ahad, 24 Oktober 2010

Terkesima Dibuai Rasa

Tak sengaja terjumpa buku nota lama, lantas diri terkesima dibuai kenangan. Lucu juga nak menerobos jiwa jejaka bujang (ketika itu he he). Antara yang mencuit rasa adalah 2 nukilan yang dikarang khas untuk sayembara murahan (namun tiada terlaksana) di tahun 2007. Terimalah, sumbangsih yang tidak sepertinya ini:




KETIKA DIRI DILUPAKAN
Sahabat
Aku terlupa siapa dirimu sekarang
Bukan teman berjenaka bersenda
Kerana kau kini isteri orang


Sahabat
Sentuhanmu masih seperti dahulu
Cuma kini, waktu mu sedikit untuk ku
Kerana kini kau suami orang

KESABARAN
Dibeli tidak dapat
Dijual tidak laku
Dimakan tidak kenyang
Diminum tetap dahaga
Dicuri tidak hilang
Digadai tiada nilai
Diperam tidak masak
Disorok tidak lapuk
Ditolak tidak jatuh
Dibakar tidak hangus


Kesabaran
Buat diriku rasa disayang

12:10 tengahari
12 Mei 2007

5 ulasan:

  1. boleh masuk dalam prosa klasik paper BM spm nih. haha

    BalasPadam
  2. salam..agak puitis :-)..akak dulu minat gak bahasa puitis ni,,penah amil paper kat U,,tp tak kemana...

    BalasPadam
  3. terima kasih kak suri solehah. saya bukan penulis mapan, sekadar bermain di pinggiran (penulis kacau daun)

    BalasPadam