BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Khamis, 28 Oktober 2010

Irama Mistik

Wacana kali ini sedikit pelik. Kalau berkesempatan menonton iklan American Tourister di televisyen, pasti anda akan mendengar satu selingan lagu (jingle?). Iramanya sangat menakutkan, kesan traumatik segera terpahat, semudah itu!. Pada saya itu bukan typical American, tapi itu muzik pyscho Eropah Timur!!! Ia mengingatkan saya pada karya melancholic melampau Rezso Serez, yang juga dikenali sebagai The Hungarian Suicide Song, iaitu "Gloomy Sunday" (saya tak pasti judul asalnya)... atau mungkinkah melodi yang agak cryptic "Those Were The Days" dendangan Mary Hopkins, yang sebenarnya di-cilok dari komposer Russia terpinggir lantas kerana itu liriknya kedengaran tidak cocok dengan melodi (pendapat saya). Adakala diri berasa hairan, mudah benar saya terserap ke dalam jiwa sesuatu muzik, tak kira bagaimana facade-nya cuba memberi gambaran yang lebih enak merdu, atau saya yang memberi jiwa salah untuk sesuatu muzik itu? Usah bicara perihal irama Ulik Mayang atau gamelan gaya Bali, itu cukup menggetarkan dan sangat mistik. Namun, ini juga bukan soal mistik murahan rekaan syarikat rakaman, ini soal perkara yang benar MENAKUTKAN.

4 ulasan:

  1. bijak ko ek mengulas tentang musik..ko ada kelebihan kalau saja ko cepat menjiwai sesuatu musik tuh.

    BalasPadam
  2. rasanya aku tak berapa mengulas, cuma cuba mengupas sesuatu yang pelik.. terima kasih biskut

    BalasPadam
  3. into the crypt of asam makruh, aku dah cari dah iklan bag dlm you tube, gagal di kesan, yg ada tinggal iklan lama, yg ada monyet ngamok ngan AT survived mumbai jek, tapi itu Gloomy Sunday memang padu menangkap.lagu jepun pon aku pernah ada terdengar yg berpuaka gini kan? kalau tidak keberatan, boleh ke kiranya encik memberi senarai track cadangan yg boleh di buat rujukan.tapi tu la kebanyakannya lagu yg lama lama tersorok di dalam piring hitam..

    BalasPadam