BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Rabu, 9 Februari 2011

Morning Sir

Ibu mertua datang melawat. Tinggal berehat beberapa hari, cuma pagi ini sakan berbual. Entah mengapa, terasa mahu makan lamb chop. Jarang saya berselera setajam ini. Seringkali gaya minimalis saja, jarang avant garde/ abang guard/ avant turd. Seumur hidup, belum pernah menjamahnya. Roti canai kari kambing? Koman lah. Amboi...

Waktu kecil saya ada menonton filem dan drama 70-an / 80-an. Jika melibatkan babak "orang kaya-kaya makan di restoran", skripnya selalu (bukan semua) berkait menu lamb chop, beef steak dan fresh orange.


 
Contoh:
"Encik mahu pesan apa?"
"Errr waiterrr... Gimme two presh oren, two lamb chop ya! Ha ha ha" sambil meramas tangan bakal bini muda.
"Baik encik"
"Darling, macam lembab kan that waiter? Ha ha ha"

Sebentar lagi mahu keluar merayau, ala-ala kembara solo. Harus siapkan perkakas untuk catatan dan sketsa harian. Cuaca hari ini agak panas, harus cari air-con percuma. Macam mall rat pula, he he. Oh ye, teringin juga nak ber-karaoke sepam dua, macam syok saja. Tengok lah macam mana.

2 ulasan: