BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Selasa, 22 Februari 2011

Jangan Stress

A : Semua orang menjual. Jual minyak wangi lah, jual spender bundle lah, jual keronsang lah, jual jeruk lah, jual jersi tiruan lah, jual bumper kereta lah, jual lintah lah, jual perempuan lah, jual jual jual jual jual jual.... Siapa pula yang nak membeli? Kalau pembeli pun sekarang dah mula jadi penjual?

B : Kau jadi pembelilah, aku ada offer servis melukis potret kecil-kecilan, mau?

A : Arrrrrrrrrrrrrrrgggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Rezeki itu ada, jangan takut bersaing.
Terimalah sedikit hiburan:

Khamis, 17 Februari 2011

Vivre Avec Des Espoirs

Semalam yang meriah dan ranggi,

kronologinya seperti di bawah:


Shah Alam - subuh hari, lebih kurang jam 5 pagi

KL Sentral - bertemu Alfaustus, tidak sempat minum pagi

Stesen Komuter Bangi - sebatang rokok, sambung ke Seremban

Stesen Komuter Seremban - bergegas Terminal One - sarapan ringkas - naik teksi

Muzium Negeri Sembilan - hilang pertimbangan (ha ha ha)

Jalan Sungai Ujong - "halo adekkk... mana mau pigi?" seorang aya tukang kebun menegur sambil memangkas pokok renek. Manifestasi ulung dari si aya - "kerja harus ceria", barangkali.

Stesen Komuter Seremban - pemerhatian rambang - lebih kurang 1.30 tengahari.

KL Sentral - hampir 3 petang - menjamu selera di smoking room

Stesen Komuter Bank Negara - menunggu seseorang

JKR atas bukit tu - "Oh! Tak sangka ada studio larangan di sini" kata ku di dalam hati- menyelongkar studio seorang pelukis abstrak-ekspresionis yang baru dapat anugerah yang agak prestij baru-baru ini. Wajahnya girang, walaupun baru pulang dari Gurun Sahara, namun kekal bersemangat.. barangkali kerana RM xx, xxx bakal menjelang, jadi semakin lah bertambah-tambah semangat beliau (macam api!). Sedapnya menjadi pelukis yang kaya raya, kan? kan? kan?

Aksi separa sensasi
ASWARA - Di kafe tempat penghuni ASWARA mundar-mandir dan melepas lelah. Mati-mati saya menyangka ASWARA terletak di sekitar Balai Seni / Perpustakaan sana, rupanya di sini. Saya lihat pelajarnya jauh berbeza dari zaman saya belajar dahulu, "mana dia orang dapat duit makan french fries dan hisap rokok mahal nih?" getus hati ku. Riang-ria belaka, ada juga gaya-gaya artis dan pelajar Akademi Fantasia, macam-macam gaya ada, artistik barangkali? Minum teh O ais dan mendengar syarahan dan saringan minda berbahaya dari (*tutt* rahsia) dan Alfaustus. Kasihan melihat beliau menggulung rokok, macam ada yang tak kena saja! Itulah dia, sampai nak gulung rokok pun robust dan expressionistic juga! Ha ha ha.

Stesen Komuter Bank Negara - tren dibatalkan, dah jadi ritual pula - waktu puncak = tren tergendala = identiti KTM Berhad. Pencapaian yang konsisten, tahniah!

Seksyen 19 - hampir jam 8 malam, hujan turun, tayar depan kereta terbenam dalam lumpur, mujur ada skill gaya Camel Trophy, lantas berjaya keluar dari lubuk (parking haram da...). Tiba di rumah, menunaikan apa yang patut, makan chi chong fun (betui ka ejaan?), selak buku Basquait, hingga terlelap.

kesimpulan:
kembara penuh terisi - dengan jejak penuh sensasi.


Rabu, 9 Februari 2011

Morning Sir

Ibu mertua datang melawat. Tinggal berehat beberapa hari, cuma pagi ini sakan berbual. Entah mengapa, terasa mahu makan lamb chop. Jarang saya berselera setajam ini. Seringkali gaya minimalis saja, jarang avant garde/ abang guard/ avant turd. Seumur hidup, belum pernah menjamahnya. Roti canai kari kambing? Koman lah. Amboi...

Waktu kecil saya ada menonton filem dan drama 70-an / 80-an. Jika melibatkan babak "orang kaya-kaya makan di restoran", skripnya selalu (bukan semua) berkait menu lamb chop, beef steak dan fresh orange.


 
Contoh:
"Encik mahu pesan apa?"
"Errr waiterrr... Gimme two presh oren, two lamb chop ya! Ha ha ha" sambil meramas tangan bakal bini muda.
"Baik encik"
"Darling, macam lembab kan that waiter? Ha ha ha"

Sebentar lagi mahu keluar merayau, ala-ala kembara solo. Harus siapkan perkakas untuk catatan dan sketsa harian. Cuaca hari ini agak panas, harus cari air-con percuma. Macam mall rat pula, he he. Oh ye, teringin juga nak ber-karaoke sepam dua, macam syok saja. Tengok lah macam mana.

Sabtu, 5 Februari 2011

Selingan


Sebagai mengubat duka lara para pembaca yang ketandusan (barangkali kehausan) kiriman baharu dari saya (poorahh!!), terimalah lagu ini. Walaupun saya tiada arti liriknya, namun menurut seorang teman Jawa, liriknya puitis penuh makna. Enjoy!