BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Rabu, 3 November 2010

Suara Maskulin

Di pejabat ini, saya tiada otoriti dalam menentukan siaran radio mana yang harus ke udara. Diterajui seorang kakak yang bersikap agak totalitarian (gaya Lenin), maka, saya menerima apa sahaja yang berkumandang, adakalanya sedikit mengganggu fikiran kerana berlaku konflik selera. Namun ada satu lagu yang membikin saya ketawa dalam berdiam, disenandungkan kugiran ngetop dari seberang. Setiap kali lagu itu berkumandang, saya akan mengira berapa kali vokalisnya akan mengulang "wooo hoooo hooo", terhambur keluar ibarat wap panas di puncak Merapi, penuh gaya maskulin. Rasanya vokalis itu sengaja memperjantankan lagi suaranya yang sudah sedia menjantan. Terlalu mengeksploitasikan kelebihan diri. Ada juga di bahagian tertentu lagu dia seakan mendesah, ghairah, bunyinya "ahhhh....".

"Heii.. Macam orang nak berjimak saja bunyinya" Mama Auwzie

6 ulasan:

  1. dangdut memang tak happening bagi telinga aku karim.

    BalasPadam
  2. ini yang saya maksudkan, ada eviden di tiubanda:

    http://www.youtube.com/watch?v=F3wgB2lee4o

    maaf, cuma pandangan saja. tidak bermaksud menyinggung sesiapa, tapi suara tu memang "sleazy"!!

    BalasPadam
  3. sudah tengok dan dengar. suara agak menakutkan. kadang-kadang suara macam itu TERlalu TER.. susah lah nak terangkan.

    hahaha. dah lama tak dengaq lagu indon. last dengaq rasanya minggu minggu lepas, itu pun dengaq suara Anggun lagu hits dia.

    BalasPadam
  4. yang "salju di Gurun Sahara" itu kah? Sedapnya esok cuti.

    BalasPadam
  5. dr. sleaze nusantara hahaha, padu mewwnawnghkawwp

    BalasPadam
  6. terima kasih datang ke rumah aku pagi tadi. Maaf lah tak buat air sebab gas memasak dah kehabisan ha ha ha. Bab bahasa nusantara itu, apa kejadahnya "bahasa nusantara"? busuk sangat kah MELAYU sampai bahasanya pun cuba "dihilangkan"? Kalau English, kena tukar jadi Bahasa Orang Pulau Di Eropah Barat kah? Kendian nanti dia panggil bahasa IBUNDA sebagai bahasa yang dituturkan oleh kaum IBU sahaja pulak nanti, JAMMED aku macam ni beb... Kang ada pulak yang tuduh aku right wing/supremacist

    BalasPadam