BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Sabtu, 6 November 2010

Latif Ibrahim

Di remang wajah senja, dikala unggas bernada sayu, dua sahabat "berpadu".. Di bawah rumpun bambu...

Hezrik Jamil Hafifi Bin Embong : Kau tau tak Karim? (buat muka berprestij)
Karim : Apa kejadahnya?!
H : Aku teringin benar nak jadi macam Latif Ibrahim...
K : Adakah kau cuba berlucu? Tone suara kau rasanya macam Axl Roses kena tiroid, sengau-sengau basah saja...
H : Apa kejadahnya engkau ini Karim?! Aku cakap soal nak jadi pelukis! Jadi painter! Tak reti??!
K : Oh ya ka? Maaflah... Tak tahu pula penyanyi lagu "Nora" dan "Pilihlah Aku"  itu dah jadi pelukis sekarang. Lagi pun jarang nampak dia keluar TV.
H : hah? dia dulu menyanyi ke?
K : Ya, suara padu menangkap beb. Boleh bikin asmara kau bergoncang.. Tak tahu pula dia aktif melukis sekarang.
H : Lailahaillaulahmuhammadurrasulullah... Hey kucing!! dia dah melukis lama dah, tak tau ke? I pity the fool...
K : Serius? Aku baru tahu dia seorang pelukis. Jadi bagaimana hasil kerja dia? Hebat? (tak mahu bertekak)
H : Aku rasa kau ni banyak makan sagu, itu pasal la bingai. Dulu kau juga yang bagitau aku perihal dia.
K : Siapa ni sebenarnya?
H : Ala, yang siri Pago Pago tu lah!
K : Pago Pago? Astaga... Latif Ibrahim itu penyanyi 70-an, abang Khatijah Ibrahim lah, bongok! Pago Pago tu Latiff Mohidin.
H : Hah? Ya ka? Ampun kan aku Karim ha ha ha ha ha ha
K : ha ha ha ha ha ha

Nota Kaki : Dear customer, you have exceeded the 5GB/mth usage (Celcom FUP). Pls purchase additional volume or we reserve the right to control yr broadband speeds. TQ (Amboi! Gertak ya!)

4 ulasan:

  1. hahahahhahahhahaha..Mohidin dan Ibrahim jauh langsung sasarnya!!

    BalasPadam
  2. Esah, kredit aku kehabisan, "isian semula" pun selalu RM 5 sahaja.. kalau pegi kedai selalu tak ada jual yang RM 5 ha ha ha. jadi balas di sini saja. kau layannnzz je la mkop dengan afroria okeh. dapat idea boleh share di blog kau yang bertahap nirwana itu

    BalasPadam