BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Isnin, 1 November 2010

Kiriman Masa Kecederaan

Kalau orang itu perangainya, maaf kata, perangainya macam biawak, maka dia memang berperangai seperti biawak tidak mengira apa jenis "label" dan "cap dagangan" yang ter-chop di dahinya, agamanya, mau pun mazhab politik dan warna kulitnya. Kita yang selalu cuba berwarasan sebenarnya punya potensi yang sama. Maksud di sini, kita BOLEH, jika kita MAHU, bila kita CUBA mengelak dari meniru fe'el biawak dengan mengawal diri dari terlalu banyak melakukan perkara yang sinonim dengan sikap tidak elok seekor biawak . Kelak, tidak mungkin sewenang-wenangnya kita digelar-gelar orang sebagai "jelmaan" biawak jua adanya. Jumpa lagi.




"Akak rasa kau pun menulis macam ala-ala biawak juga, payah akak nak faham!" Kak Ita
"Kau orang manusia yang fe'el macam syaiton nirrojim, aku pulak dijadikan perumpamaan. Busuk punya orang!" (The Real) Biawak

4 ulasan:

  1. meniru biawak mahu pun berok makyeh adalah senario universal yang melangkaui batas sosio-politik dan kepercayaan.

    BalasPadam
  2. Semalam terdengar kawan aku tersasul menyebut biawak komodo tersebut biawak "kondo". Jajaja :D

    BalasPadam
  3. Teringat sentuhan listrik si Amir di pertandingan karaoke satu ketika dahulu.
    "adik nak nyanyi lagu apa?"
    "nak nyanyi lagu ENNASIR"
    huru hara dibuatnya!

    BalasPadam