BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Selasa, 23 November 2010

Di Tengah Kota

kita manusia tiada berkuasa
untuk menghalang dunia berputar


Macam menyindir pula lagu Alleycats yang berkemundang dari corong radio buatan Nilai itu. Degup nadi kotaraya ini selalunya kencang. Penghuninya seringkali tergesa dan selalu gugup. Bahasa kotaraya pula selalunya dingin, nadanya seringkali sinis dan bingit. "Cepat lah sikit! Cepat! Cepat!" selalu meniti di bibir. Jika nasib kurang baik, "Hoi! Terkebil-kebil apa lagi? Lembab!" pasti cepat menjadi santapan rohani.

Namun dalam kekalutan itu, saya pasti - ramai sebenarnya yang melopong dan ternganga. Dalam mengelak diri dari diperkecilkan, ada yang secara semulajadi menjadi pakar dan bijak menduga makna. Sakit hati dan  kecewa selalunya ditelan begitu sahaja. Ini Kuala Lumpur, masa selalunya diburu, bukan untuk dimiliki. "Siki jam saja abang, saya bini tarak guna! Banyak lama dalam sana, sori ha..". Depresi, jamban awam busuk, double park, berpaling tadah, skandal, pecah amanah dan pujuk rayu ada di mana-mana. Sensasi kotaraya - dikejar diri sendiri.

Hari ini tugasan harian di pejabat berjalan seperti biasa. Wajah tegang dan keliru kelihatan mundar-mandir, berkeliaran dalam gundah. Saya selalu berfikir perihal cara memberi keriangan pada diri di waktu tegang, namun jarang sekali dizahirkan gara-gara "terlena" diulit tugasan. Namun, semua keresahan ini harus ada hadnya, atau harus di berikan pengajaran supaya mengerti ha ha ha.

Demi memberi sedikit erti untuk hari yang "entah apa kejadahnya" ini, maka saya membeli makanan pada kuantiti yang agak luar biasa. Sekali-sekala, apa salahnya "mentekedarah" demi menghargai diri (perut) sendiri. Nasi bungkus RM 8, lauknya saja 5 jenis, fuh! Macam orang kaya-kaya sedangkan kewangan sedikit muram di saat ini ha ha ha. Ditambah pula teh ais padu mencengkam - kepuasan berganda!

Selesai makan seenaknya, saya berehat. Kemudian menonton secara random beberapa siri kartun kesukaan di laman Youtube. Selepas ini, segala ribut taufan akan bermula, ha ha ha bakal ditempuh (harapnya) dengan penuh bergaya. Biaq pi depa...

4 ulasan:

  1. fuh, dah lama tak makan nasi bungkus yang dibungkus pakai kertas tu. di pasir gudang semuanya pakai polisterine. *tiba-tiba*

    BalasPadam
  2. masak lemak pucuk paku selalu sold out, tapi kali ni bernasib baik. beli di gerai mak cik bawah pokok je, dibungkus rakus dengan getah. kat KLCC tak ada macam ni :D

    BalasPadam
  3. so ber'dessert'kan scale rule ke?

    BalasPadam
  4. scale rule tu buat garu belakang bila terasa gatal-gatal

    BalasPadam