Tiada yang lebih syahdu dari kunjungan lewat petang ke Amcorp Mall, Petaling Jaya. Kata GG "nak tengok orang Serani lah!". Ya, saya pun setuju. Di sana memang ada orang Serani, tapi tidaklah seramai mana. Namun, pelbagai keturunan dilihat rukun damai berniaga di "meja merah", sesekali kelihatan berbual sangat mesra.
"You suka apa? Itu heavy metal macam Iron Maiden mau ka?"
"Tak ada lah! Itu Al-Jawaher, Herman Tino, err.. lagi sama itu Julie Remie ada?"
sementara itu
"Hello brother! Ini new arrival, boleh browse browse"
"Ya ha ha ha, ya ya ha ha ha, fuahh.. ini baru turun kontena ka? Ha ha ha"
Pusat beli belah ini punya "jiwa" yang berlainan, ertinya tidak sama seperti berkunjung ke The Garden atau Pusat Pakaian Hari Hari (motto: cantik di hari, mudah di hati, apa punya "sadistic" rima itu!). Kalau nak tahu, datanglah sendiri. Kami riang membelek-belek piring hitam, barangan antik, buku murah, amplifier dan pelbagai barangan audio moden dan gaya lama. Hati rasa terhibur. Terhibur dalam gundah, esok mahu berkerja semula.
Hajat hati untuk membeli piring hitam (format 12"LP) The Stylistics dan The Three Degrees lenyap begitu saja gara-gara kehadiran SMS berunsur "tenaga jahat" bertali arus. Demi kewarasan dan budi bicara, saya berdiam sahaja, rosak sudah kedamaian hari minggu ini.. Lantas, GG menjadi mangsa. Beliau terpaksa menadah telinga mendengar luahan nurani sehingga jam 8.30 malam. Terima kasih buat GG.
oh, tak jadi ke sana, ingat nak ke sana dulu before ke art expo. M-kod mol memang makanan saya. hahaha. boleh dikatakan dua minggu sekali mesti ke sana, tapi pagi lah, dalam 11-12 tghari. itu saja sudah cukup dari melenggang2 ke shopping mol yang lain. M-kod mol kaya dengan baju 5 ringgit dan 10 ringgit! tapi tak penah pulak terserempak dengan ang!
BalasPadamaku sering hadir ketika manusia lain bersibuk-sibuk dan alpa ha ha ha
BalasPadam