”Gelak tawa adalah penerobosan melalui keintelektualan; di saat orang tertawa, sesuatu telah difahami.” R.H. Blyth
Sambungan kiriman terdahulu. Ulasan dari seorang kawan bernama Lish membuatkan saya menulis kiriman ini. Seniman, dilihat massa sebagai syok sendiri dan berangan-angan. Seniman, manusia biasa, sama seperti yang lain, seperti juga pemandu lori, ahli politik, penjual petai, penoreh getah, broker saham, penjual mapiau atau ahli silap mata. Beza ketara antara mereka ialah kecenderungan dan pengamatan.
Saya terfikir, ada seniman yang selalu saja tidak mahu ditegur. Seniman tidak melayan perkara remeh. Seniman takut pada bayang-bayang sendiri. Memang dasar seniman, ego itu penting. Teringat kisah bilamana Shahnon Ahmad menggelar A. Samad Said sebagai "lalang" satu ketika dahulu. A. Samad Said pula mempertahankan diri dalam kompilasi penulisan "Ilham Di Tepi Tasik". Lama dulu, turut diingati kes "buang air kecil" atas karya semasa pameran kontroversi "Menuju Realiti Mistik" (Al-Fatihah buat arwah Redza Piyadasa).Semua itu mewarnakan dunia seni tanah air, bagi yang mahu ambil pusing.
Seniman bukan superhero, bukan juga maksum, mereka bertindak dan berfikir seperti mana manusia lain. Namun, tidak harus seniman bersikap terlalu self-centered, self-righteous dan mengasingkan diri, ertinya terlalu elitist dalam segala hal (maklumlah, seniman). Dikhuatiri seniman akan terperosok ke lembah holier-than-thou gara-gara memaksa diri untuk jadi "unik" dan "pelik-pelik", akhirnya dihambat idealisme dan falsafah sendiri.
"Jiwa yang kotor mungkin pandai mencipta kejayaan material. Menipu, menciplak, menghasut, menindas dan mencuri. Namun Kejayaan material itu tak mampu menampung derita rohani yang ditanggung sehari-hari" Seniman Karim
Seniman, pada hemah sesetengah orang, harus berfikiran aktif, kreatif dan berani berada di luar lingkaran, bukan sekadar beraja dan menjadi tyrant di comfort zone sendiri. Tidak jatuh maruah seniman sekiranya dia dilihat massa sebagai "seniman celup" hanya kerana tidak memiliki gaya dan sifat typical dan stereotype seniman.Usah persalahkan masyarakat kerana berburuk sangka, mereka bukan seniman. Sebenarnya, seniman juga yang selalu "mengajar" masyarakat konformiti tertentu, yang kebanyakkannya menakutkan mereka untuk mendekati seniman dan kesenian, Masakan masyarakat mahu berubah kiranya seniman sendiri sekadar menjadi mimic dan imitasi (cuma lebih "berseni") buat masyarakat yang dipersoalkannya.
Apa pun, saya kekal yakin dan percaya bahawa seniman adalah insan yang selalu saya perlukan. Seniman seperti Latiff Mohidin, Francis Bacon dan Mark Rothko setidaknya membuka fikiran saya untuk berfikir sendiri dan berdiam selalu, tanpa perlu risau "darjah" dan "tingkat" kesenimanan diri di mata masyarakat. Terima kasih buat semua seniman, kewujudan anda semua penting buat saya.
BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)
Memaparkan catatan dengan label seniman lara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seniman lara. Papar semua catatan
Khamis, 16 Disember 2010
Selasa, 16 November 2010
Siapakah Memberi Khabar

Langgan:
Catatan (Atom)