BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Rabu, 3 November 2010

Kiriman Lewat Malam

Lewat 11.45 malam, baru selesai membasuh dan menyidai pakaian di jemuran. Isteriku sudah hanyut beradu, syahdu kelihatan. Televisyen menyiarkan lumba motorsaikel, tak minat. Saya cuma berminat menonton lumba motorsaikel berkuasa kecil sahaja, contohnya cup prix dan cup cross sebab nampak kelakar ha ha ha. Apa pun masih menanti penuh debaran siaran "The Best of Retro" di TV2 sebentar lagi, iaitu siri THE PERSUADERS! Jadi saya tuliskan nukilan ini untuk mengisi masa terluang sementara menanti siaran. Bagi yang kurang arif, The Persuaders! merupakan siri aksi gaya lama (produksi tahun 1971-72 jika tidak silap), unggul penuh sensasi diterajui dua orang playboy lasak. Roger Moore dan Tony Curtis bergasak, berpadu tenaga membanteras "kedurjanaan dunia". Harus sediakan secawan kopi sebentar, kita jumpa lagi.

2 ulasan:

  1. aritu malam tertekan chanel lapan kot, ada incredible hulk hat lama. rambut pramugari dalam tu kembang gila. kalau teori multiverse boleh diaplikasi, aku nak pi tengok ada dak aku masa 70s. kot kot ada kembaq kat situ ka

    BalasPadam
  2. Hah? Betui ka? TV 8? Minat juga si Hulk hijau tu. Tentu menarik jika boleh ke masa silam. Boleh pergi Mimaland ha ha ha!

    BalasPadam