BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Isnin, 22 November 2010

Kembali Bersemi

Hai adik-adik,
Ha ha ha ha bukan main ceria, macam Kak Yong dalam rancangan CUMI DAN CIKI pula ya. Sekadar nota pendek, kini Karim dan blog penuh sensasi ini (hmmm..) kembali ke rutin asalnya. Nantikan sisipan harian yang lebih mencengkam, berwarna-warni, menyelongkar tirai suka dan duka kita semua, insan-insani.

Sebenarnya baru-baru ini, saya tidaklah menghilangkan diri ke hujung dunia, cuma agak sibuk mengendalikan sebuah majlis perkahwinan baru-baru ini. Jadi adalah kurang manis jika menulis blog dalam suasana permajlisan.

Apa pun, izinkan hamba pergi bersiram dan berehat sebentar kerana badan dah berbau macam kibas. Jumpa lagi. Terima kasih daun keladi, kalau sudi komen lah lagi ha ha ha.

di pagi esoknya terlambat bangun
merungut tidur tak puas
waktu kerja mengantuk
majikan marahhhh...


Nota: petikan lirik "Telatah Si Bujang". Siapa berani buat lirik macam di atas, di zaman "serba berani" sekarang? Black Dog Bone berani, tiga puluh tahun yang lalu.

3 ulasan:

  1. bz mengalahkan orang main kompang aih. haha (aku tengah buat assignment pun sempat mengomen kat sini!!) haha

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. kena ambik alih beberapa tugas sebab pak mertua aku dah tak ada lagi kat dunia ni, terasa ala2 bapak2 plak hahaha

    BalasPadam