BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Isnin, 29 November 2010

Cermin Biasan

Salam kembara.
Tiada penulisan buat hujung minggu lepas kerana penulis pulang melawat mertua yang jauh di mata. Awal pagi tadi baru pulang ke rumah, lebih kurang jam 4. Jarang benar penulis pulang awal pagi namun pagi ini berlain benar. Lebuhraya kelihatan sunyi, hatta lori ikan pun tiada kelihatan. Cuma beberapa kereta dan bas kilang. Keadaan sebegini pastinya membawa penulis bersyahdu barang seketika. Alangkah bagusnya jika setiap masa lalu-lintas kekal sebegini setiap masa. Jika begitu, alangkah indahnya hidup di kota. Apapun penulis menyedari, itu sekadar idaman yang surreal, ibarat mengharapkan bahasa visual Salvador Dali menjadi benar nyata. Apa yang tinggal sebenarnya cumalah dunia yang sesak dan kaku, yang dilakar seperti jasad asalnya oleh ketekunan sang photorealist/ hyperrealist, sebagai bukti kewujudan hidup yang beku, jumud dan mengada-ngada.

Tiba-tiba terbit rasa hormat mendalam penulis kepada manusia seperti Ralph Goings dan Denis Peterson, yang sebelum ini penulis rasakan sekadar manusia gila dan hyper yang bersusah-payah untuk menzahirkan sesuatu yang terlalu banal di atas kanvas. Sampah dilukis sebagai sampah, jelas, tepat dan nyata. Kerana itu barangkali para photorealist/ hyperealist ini sering dikritik dan disalah-anggap sebagai manusia superficial. Mulut pengkritik "bangsa" sebegitu, seperti jua para "profesional" lain yang dibayar upah, pastinya selalu mahu sensasi dan mengada-ngada.

Foto di atas : lukisan bertajuk "Apocalypse" oleh Denis Peterson. Hak cipta terpelihara Denis Peterson.

6 ulasan:

  1. kerana terlalu realistik juga, maklumlah "hyperrealist" hehe, Denis membuka akaun di Deviant Art dan bergelumang dengan ramai amatur di sana, sedangkan dia pelukis tersohor. Jangan harap ramai yang "tersohor" akan berbuat perkara yang sama...

    BalasPadam
  2. wah,itu lukisan ya?

    hurm.. susah nak faham org2 seni mcm kalian. perlu guna jiwa seni juga utk mengerti, itupun kalau jiwa seni org biasa macam kami ni berfungsi dengan baik.

    BalasPadam
  3. sedar tidak sedar karim, aku delete blog satu lagi, dan create satu yang baru. sedar tak sedar tajuk blog aku sedikit tersama dengan tajuk entri hang. sekian makluman.

    BalasPadam
  4. fuh, dah tengok. gambaq retro habih, sempoi

    BalasPadam
  5. alamak Misae, pelukis pun macam manusia lain, barangkali temberangnya lebih lagi ha ha ha

    BalasPadam