BERDENGUNG SEJAK OKTOBER 2010 - SEGALANYA DI SINI MENGGAMMIT MEMORI (Ala-ala Klasik Nasional FM)

Khamis, 28 Oktober 2010

E-Rokok

Kiriman kali ini khas menyentuh perihal rokok. Bagi yang tidak merokok sila jauhi dari membaca entry yang berkepul-kepul ini. Zaman sudah berubah, siapa yang nak menghisap rokok daun nipah? Saya ada terbaca perihal rokok elektronik yang dikenali sebagai E-Cig (stylo nama dia). Pasti anda pelik, apa kejadahnya E-Cig ini? Macam E-Cinta ka? Bagaimana pula ia membantu perokok tegar dalam mengatasi syahwat masuk-angin-keluar-asap ini? Adakah ini akan menjadi berita baik untuk mereka yang mendambakan "less harmful nicotine fix"? Barangkali ada benarnya, perokok cuma mahu sensasi menyedut, memegang puntung rokok dan menghembus asapnya. Tak percaya, cuba merokok di dalam gelap gelita, rasanya seperti tidak puas (dan sesak napas! ha ha)!!

"You'll see "smoke" coming out of your mouth, just like a cigarette. Except it's not a smoke, it's a vapour".  Kata pengarah syarikat itu (Rujuk akhbar The Sun, 18 Oktober). Bunyinya macam merdu, tapi setahu saya, cartridge-nya sahaja (macam printer lah pulak) berharga RM40 hingga RM350 ha ha ha. Khabarnya ada yang berhenti merokok selepas dua bulan selepas menggunakan rokok tiruan itu. Tapi sebenarnya rokok elektronik telah pun di haramkan di 14 buah negara! Sudah tentu ia berbahaya.

Teringat satu dialog di gerai makan:
"Kau tak cuba guna ubat berhenti merokok tu ke? Aku dengar mujarab"
"Tak nak lah"
"Kenapa? Mahal eh? Tak mujarab?"
"Bukan, nanti dah berhenti tak seronok pulak, tak dapat merokok lagi"

4 ulasan:

  1. aku masih perokok yang tegar setegar aku pada blog.hey,orang mau2 saja terus berhenti kerna kehabisan uang utk beliin rokoknya yg expensive gitu..mahal siut...

    BalasPadam
  2. hey biskut merry, saya juga agak tegar, ada teman menyarankan supaya minum segelas air garam tiap-tiap pagi sehingga termuntah. Namun saya risau terkena darah tinggi pula ha ha ha

    BalasPadam
  3. masa sihat lah masa nak merokok, kalau sakit nanti tak boleh hisap lagi.

    BalasPadam